Wednesday, February 26, 2020

Kau, Aku, Mereka dan Pensyarah

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Di pagi yang sunyi ini dengan angin sayup sayup seribu bahasa ditemani bunyi cengkerik yang berkicauan (eh cengkerik bunyi macam mana eh?) krik krikk... Tambah pula dengan lagu putus cinta atau lebih sesuai dengan putus harapan mungkin? Sesuai untuk orang yang baru terluka yang pasti bukan aku.

Pada hari Khamis bersamaan 20 Februari 2020, aku melihat jadual kelas aku, "oh, ada amali Information System lah pukul 2pm japgi, hopefully tak cancel lagi". Kenapa aku berfikiran sebegitu? Hal ini kerana minggu sebelumnya aku sangat bersemangat masuk ke kelas amali Information System buat kali pertama. Aku tidak dapat hadirkan diri ke kelas teori pertama kerana ketika itu aku masih di Putra Specialist Hospital Melaka untuk menjaga anak-anak aku. Eh, anak-anak buah. Ya, anak buah aku yang masih kecil tidak tahu apa apa tetapi mereka harus menerima takdir bahawa ayah mereka iaitu abang kedua aku sendiri kemalangan. Alhamdulillah, Allah masih panjangkan umur abang aku dan kini dia hanya menerima rawatan susulan. Terima kasih semua yang mendoakan. Semoga Allah merahmati anda semua.

Baik, back to the topic. Sungguh, kelas amali pertama aku masih lagi bersemangat sambil menanti kehadiran pensyarahku. Oh, sudah tahu ke siapa yang mengajarku? Sudah pasti! Dunia sudah maju maaa~ Semuanya dihujung jari. Mesti lah aku bersemangat, siapa lagi yang sentiasa bersemangat ketika mendidik pelajarnya malah power bab bab Information System ini kalau bukan Dr. Fareed. Wow! (saya bukan kaki kipas, Dr.). Menanti punya menanti, ibarat tunggu jodoh turun dari langit. #tibahhh. Setelah sejam berlalu, Yang Berbahagia Dr. Fareed pun tiba. Terus Dr terangkan tentang pengenalan subjek ini iaitu Sistem Maklumat dalam Perkhidmatan Makanan (FSM3604) kepada kami semua. 

Terdapat 5 perkara yang Dr. Fareed jelaskan kepada kami semua iaitu yang pertama, apa yang kami harus lakukan sepanjang keseluruhan kelas amali berlangsung semester ini. Kedua, CIP-UPM (flow chart). Ketiga, Google Digital Garage (CDG) dimana terdapat google online marketing challenge. Wakil pelajar UPM pernah mendapat top 50 di dunia beb. Power tak power? Bukan nak riak la tapi sejujurnya aku sebagai pelajar UPM aku amat berbangga woi dengan pencapaian dorang. Anda berani sahut cabaran? Ayuh, serlahkan bakat anda! Hashtag bila lagi? Hashtag ini kali lah! Tetiba, Izmira menghilangkan diri...... zassss! Keempat, reflective blogging dimana kami wajib update blog setiap kali usai kelas amali pada hari itu. Kami perlu update apa yang kami belajar atau apa yang kami dapat dalam kelas amali pada hari itu. Kelima, explore google. Ya, explore google ye bukan explore jodoh. #tibahlagi

Cuma aku nak highlight dekat sini part best dalam kelas amali iaitu aku datang je kelas terus bagi kek yang aku beli dekat Cafe Food 1 untuk Amira Najwa sempena birthday dia pada hari itu pastu aku amik balik. Buruk siku kan aku? Hahah okay baik jangan salah faham, aku tarik balik sebeb aku lupa letak notes. Eh aku kalau bagi someone something takleh do tanpa mini notes.... or cutie notes? Or more like sweet notes? HAHA euw gelinoks dengar. So lepas aku settle tulis nota terus aku bagi dia sambil nyanyi lagu birthday untuk dia. Haruuu weh suara aku but idc as long as dia happy. Hanya manusia yang hadir sahaja pada hari itu menjadi saksi suara merdu katakku. 

Part kedua best iaitu bila Dr. Fareed ajar kami buat blog walaupun aku dah berzaman tak berbelog-ing (jangan pernah rasa kita ni cukup ilmu, ilmu takkan pernah habis, jadi kita harus terus dahagakan ilmu walaupun hanya sekadar blog). Lepastu, Dr ajar kami guna Google Docs. Ya ampunnnn, masa ni ngekek wei. Silap tak rakam je masatu kalau tak aku dah masuk video dalam blog aku. Takpelah, kenangan manis biar kita simpan di dalam hati sahaja. Sebenarnya selama ini memang kami buat assignment through Google Docs je senang. Lagi lagi assignment by group kan. Senang nak maki member terus dalam tu. Ceyyy gurau jerp. No hurt please. 

Part ketiga best, bila kawan kawan aku menghendap masuk Food Cyber dari pintu belakang and I thought Dr. Fareed didn't notice them but I was wrong. Dr perasan beb "Kenapa lambat tu? Ingat saya tak persan latu ikut pintu belakang" (tapi dengan nada yang tenang la bukan melenting ke apa. Alah, siapa kenal Dr. Fareed tahu la Dr macam mana. Krik krikkk.... "takpe cakap je saya tak marah". Then baru lah kawan kawan aku explain. Mungkin orang yang baca ni kurang mengerti macam mana situasi dia atau tak nampak celah mana part best tapi tidak mengapalah, macam aku cakap tadi biar kenangan simpan di hati sahaja. 

Jadi, saya rasa itu sahaja daripada saya untuk blog kali ini. Malas ah taip panjang panjang bukan orang baca pun. Kahkahkah. Semoga kita berjumpa lagi! Adios!

No comments:

Post a Comment