Wednesday, March 11, 2020

JPMPP atau Zoom Class?

Hi, assalammualaikum. Pada petang yang mulia ini, bertemankan kawan kawan yang tak kenal erti kering gusi di Food Cyber 1. Alangkah kecewanya aku bila aku baru teringat aku tak update lagi blog minggu lepas punya. Ceritanya begini, pada hari Khamis minggu lepas, aku diberi amanah untuk menggalas tanggungjawab sebagai Daftar Pengundi Persatuan Mahasiswa Fakulti. Hampir setiap hari aku pulang ke kolej jam 2 -3 pagi semata-mata ingin memastikan program ini berjalan dengan lancar. Ketika aku sedang bertugas, aku dimaklumkan oleh kawan aku bahawa pada hari itu amali Sistem Maklumat dilakukan secara maya. Seharian aku di fakulti, bak kata Syafiqah "pergi fakulti langit gelap, balik pun langit gelap". Ya, aku pulang pada jam 2 pagi yang sepatutnya dekat subuh baru pulang. Hal ini kerana aku tidak mampu lagi bertahan. Mujur saja tugasan aku telah usai dan ketua faham serta benarkan aku pulang (bukan aku sorang eh, pang kang). Percaya atau tidak, sehingga kini aku memang betul lupa tentang video YouTube itu. Mungkin terlalu banyak terlintas di fikiran. (ye, bukan aku sorang je busy ko rilek je takyah nak kecam sgt, tak kena dkt kau lagi boleh cerita banyak) Memang silap aku, tak 'recall' balik dengan kawan. Tapi tidak mengapa, akan ku ambil ini sebagai pengajaran. Saya juga amat berterima kasih kepada segelintir kawan kawan saya yang masih prihatin dengan memberi peringatan kepada kami tentang video YouTube ini. 

Baiklah, usai mukadimah. Mari kita teruskan dengan menonton video YouTube atau Zoom Class Lab 1 sementara kelas amali Sistem Maklumat bermula. Setelah sejam berlalu, terdapat sedikit banyak informasi melalui video YouTube atau Zoom Class dari Lab 1 walaupun audio agak kurang jelas. Bukan kurang jelas, audio sampai tahap hidup segan mati takmau aku rasa. Pertama, Dr Fareed mentioned pasal Competition dimana memerlukan wakil dua orang pelajar UPM untuk menyertai pertandingan ini sehingga pusingan akhir. Kedua, Dr Fareed telah menjelaskan tentang ICDL Asia Digital Challenge 2020 berserta competition rules dan memberitahu kami terdapat beberapa pusingan iaitu Preliminary Round, National Round dan Grand Final Round. Pertandingan ini juga terdapat tiga kategori iaitu Secondary, Tertiary - Business and Tertiary - Design but Dr had thaught us that Tertiary Design category was advanced so we just need to join Secondary and Tertiary - Business only. Jika ada antara kami yang berjaya pada pusingan pertama, dua pelajar antara kami akan ke pusingan seterusnya iaitu National Round.

Ketiga, Dr Fareed cerita serba sedikit tentang sahabat Internet aku tak lagi tak bukan iaitu Mr. Google! Dr had thaught us about Google Docs dimana aku rasa semua pelajar tahu pasal ni. Perasaan aku bila tahu kewujudan Google Docs ni sangat lah bahagia ye. Dah tiada istilah tak save data or tak sempat save or dokumen hilang or member group cari seribu alasan untuk tidak bertanggungjawab buat part memasing. Yeah, Google Docs ni sangat bermanfaat ye. Especially for group assignment. Even Dr Fareed pun cakap tiada alasan lagi nak bagitau "oh, saya lupa nak bawak thumbdrive". Lepastu, Dr buka sesi taip menaip dkt Google Docs mcm dua minggu lepas. Sebelum dorang taip pun aku dah tau mesti ada part kelakar sbb kami dah buat masa first lab kalau tak silap. Time tula nak bahan org sbb tak pernah tau pun sapa yg taip tu kikikiki. So, ni antara part yg best kebetulan aku sempat tangkap apa Dr response thru Zoom Class ni.

Faiz: SAYA FAIZ POYO
Dr Fareed: Eh eh sama kita poyo. Geng kita. 😂

Yasarah: YASARAH CANTIK
Dr Fareed: Yasarah cantik! Ok yeke cantik ke? 😂

Yasarah: YASARAH CUTE
Dr Fareed: Yasarah cute ke? Oh ye? 😂

Dr Fareed: Sape lapor? Mak saya puasa so saya tak makan harini
(not sure ada response ke tak takdan tangkap)

Finaz: INAZ CANTIKS
Dr Fareed: Inaz cantiks? Yeke? 😂

Then Dr bagi seminit dua untuk students berhuhu haha disitu......

After few minutes,
Dr Fareed said: Ada kata-kata terakhir?
Seriously terus teringat Penasihat Akademik aku masa dkt poli dulu sbb setiap kali lepas kelas mesti lecturer aku tu bagi kata-kata terakhir or mudah faham is pesanan.

Then Dr ajar cara-cara guna butang ajaib bak kata Dr and we need to explore more at this button to know the function of each apps. Next, Dr ajar cara-cara nak guna kalendar as reminder dalam Google tu pastu Dr cakap, "lepasni takde alasan lagi dah 'alamak, I lupa la birthday you, yang.'" Kahkah pecah perut aku time ni kalau tengah minum ayaq boleh tersembuq ayaq aku! 😆 Okay last but not least, Dr asked for updated List of Companies & Group for CIP - UPM from each group to fill up ASAP. 

So, conclusion is use Google because it more secure than others. #tiberbuttrue

THAT'S ALL! THANK YOU! 😻


No comments:

Post a Comment